![]() |
| Gambar Hiasan |
Pada malam kejadian, suspek menaiki kereta dan berhenti di kawasan Gopeng, Perak. Jejak suspek dapat dihidu polis yang menaiki kereta peronda. Suspek merupakan seorang yang dikehendaki polis atas satu kes rusuhan. Menyedari kelibatnya dihidu polis, suspek mula gelabah. Suspek memandu kereta hingga ke kawasan perumahan di Jalan Utama Kg Tersusun, Kopisan Baru, Gopeng. Suspek mati langkah setelah jalan dihalang oleh khemah majis perkahwinan.
Kelihatan ada tetamu yang berdiri di bawah khemah itu. Ada yang sedang menjamu selera. Suspek berhentikan kereta dan padamkan lampu kereta. Kereta suspek betul-betul menghadap khemah tersebut. Di belakang kereta suspek, kereta peronda polis sedia menunggu. Suspek buntu.
Beberapa saat kemudian, tanpa disangka oleh tetamu di bawah khemah tersebut, suspek menghidupkan lampu kereta dan menekan pedal minyak kereta. Suspek merempuh langgar khemah. Saksi mengatakan suspek 2 kali melanggar khemah itu. Rempuhan pertama, suspek melanggar dua orang mangsa. Disebabkan rempuhan itu, kereta suspek tersekat di tengah tengah khemah. Suspek undurkan sedikit kereta dan bergerak semula ke depan. Rempuhan kedua kemudian menggilis kepala mangsa berusia 2 tahun.
2 orang mangsa lagi mengalami kecederaan parah. Kaki mangsa kedua digilis dan tulang mangsa ketiga pula dikatakan retak akibat rempuhan itu. Suspek memecut laju meninggalkan kawasan kejadian. Ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan segera. Mangsa berusia 2 tahun disahkan mati akibat kecederaan serius di kepala. Doktor pakar forensik sahkan mangsa mati disebabkan 'head injury that leads to his death which is consistent with road traffic crash'. Mangsa kedua mengalami kecederaan 'close fracture left 2nd, 3rd ad 4th metarsal bone'. Mangsa ketiga pula mengalami kecederaan 'multiple superficial abrasion wound over the right elbow and both knee'.
Suspek kemudian ditahan dan didakwa bawah s 300 (d) Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. Suspek mengetahui perbuatannya amat dan begitu bahaya yang boleh datangkan kematian atau bencana tubuh yang boleh menyebabkan kematian. Jadi, suspek berniat untuk membunuh. Suspek mengatakan dia bertindak sedemikian kerana mahu lari daripada polis. Suspek mengatakan polis datang ke arah keretanya dengan membawa pistol. Tetapi, kenyataan suspek ini ditolak hakim Mahkamah Tinggi Ipoh. Polis sebenarnya hanya berada di dalam kereta peronda.
Mahkamah Tinggi Ipoh telah memutuskan suspek bersalah atas tuduhan membunuh mangsa dan suspek dikenakan hukuman gantung sampai mati. Peguam bela suspek kemudian membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Putrajaya. Peguam bela suspek berhujah suspek tidak berniat membunuh. Tindakan suspek hanyalah untuk larikan diri daripada polis. Suspek tidak pun sedar ada melanggar mangsa semasa merempuh khemah. Tindakan suspek undur dan gerakkan kereta ke depan bukanlah untuk menggilis mangsa tetapi kerana keretanya sudah tersekat. Kerusi dan meja di bawah khemah telah menghalang kereta suspek bergerak. Jadi, suspek sebenarnya hanya ingin larikan diri.
Pendakwa raya, Jabatan Peguam Negara kemudian berhujah. Perbuatan suspek memandu ke arah khemah itu boleh membawa 'imminent danger' pada sesiapa yang ada di situ. Suspek telah berhenti sekejap menghadap khemah dan suspek sedar ada tetamu di bawah khemah itu. Jadi, suspek yang bersalah.
Panel hakim Mahkamah Rayuan YAA Tengku Maimun, Kamardin Hashim dan Abdul Karim pada Mac 2018 telah memutuskan suspek bersalah atas kesalahan membunuh mangsa. Di bawah s 300 (d) KK 'all that is needed is knowledge that the act is likely to cause death. The emphasis is on the imminently dangerous character of the act itself'. 'There is callousness towards the result and the risk taken is such that it may be stated that the person knows the act is likely to cause death' (kes Mahkamah Persekutuan Kenneth Fook Mun Lee).
Perbuatan suspek sebenarnya tidak menghiraukan keselamatan dan nyawa manusia. Tindakan suspek tidak boleh dikatakan terburu-buru atau cuai. Perbuatannya adalah disengajakan dan suspek tahu kesan rempuhan itu boleh datangkan risiko kematian. Jadi, suspek didapati bersalah atas kesalahan membunuh mangsa dan dihukum gantung sampai mati.
Sumber : @kamarul14 (twitter)

0 comments:
Post a Comment