![]() |
| Gambar Penjenayah Sebenar |
Kes ini tercetus angkara kehilangan duit dan barang kemas kepunyaan mangsa dan ibu mangsa. Barang kemas dan duit tersebut sebenarnya telah dicuri oleh suspek. Suspek cuba menafikan dia yang mencuri dengan menyuruh mangsa menjalani rawatan tradisional. Rawatan itu perlu bagi menghalau hantu yang dikatakan ada pada duit yang hilang. Suspek bersama 3 orang rakannya yang lain merupakan pelajar di sebuah kolej di ibu negara dan mangsa dipercayai merupakan pensyarah dan juga kekasih kepada suspek utama.
Ketika rawatan hendak dijalankan, barang kemas emak mangsa dikumpul dan diletakkan dalam satu bekas plastik. Barang kemas tersebut diberikan kepada suspek utama. Rawatan pertama kali yang sepatutnya dibuat di rumah mangsa telah dibatalkan tanpa alasan yang jelas diberikan.
2 hari kemudian, suspek bersama 3 rakannya berkumpul. Mereka ingin merancang sesuatu. Kali ini bukan rawatan tradisional yang mahu dibuat. Suspek utama yang merupakan kekasih mangsa tahu mangsa akan membuat laporan polis tentang kehilangan wang dan barang kemas. Suspek pun gelabah. Dia mungkin akan dipenjara dan disebat atas kesalahan mencuri. Jadi, dia dan rakannya perlu bertindak pantas. Suspek memberikan sarung tangan dan tali kepada 3 rakannya. Mereka rancang nak bunuh mangsa dan ayah mangsa.
Pada hari kejadian, ibu mangsa tiada di rumah bersama mangsa dan ayahnya kerana telah pulang ke kampung halaman di Johor. Ketika itu, suspek dan 3 rakannya datang ke rumah mangsa. Mangsa ingatkan mereka ingin membuat rawatan seperti dijanjikan. Mangsa sebenarnya diperangkap. Ketika tiba dirumah mangsa, suspek dan seorang kawannya keluar sekejap dari rumah mangsa untuk berjumpa dengan seseorang di tempat lain. Yang tinggal di rumah hanyalah ayah mangsa dan 2 orang rakan suspek.
Ayah mangsa dan 2 rakan suspek sama-sama menonton TV ketika itu. Salah seorang daripadanya bangun dan pergi ke tandas. Dia kembali dengan memakai sarung tangan. Rakan suspek itu terus tarik ayah mangsa dan mengikat tangan dan kaki. Hidung dan mulut ayah mangsa ditutup. Ayah mangsa ditarik ke dalam bilik paling depan. Rakan suspek terus menutup mulut dan hidungnya sehingga tidak lagi bernafas. Setelah ayah mangsa tidak lagi bernafas, mereka semua duduk di ruang tamu. Menunggu mangsa dan suspek sampai.
Semasa mangsa tiba di rumahnya, mangsa ingin berjumpa dengan ayahnya. Tapi, dihalang oleh suspek. Mangsa dibawa ke bilik belakang dan di situ mangsa pula dikerjakan. Muka mangsa ditutup dengan bantal. Mangsa meronta-ronta. Mangsa kemudian terkulai dan meninggal. Selepas kejadian itu, kesemua suspek melarikan diri ke utara tanah air. Kematian mangsa dan ayahnya dapat dihidu ibu mangsa yang berasa curiga. Dia sudah tidak dapat berhubung dengan anak dan suaminya beberapa hari sebelum kejadian. Firasatnya menjangkakan perkara buruk terjadi.
Laporan polis kemudian dibuat ibu mangsa. Suspek dan 3 rakannya ditahan dan didakwa atas kesalahan membunuh. Mahkamah Tinggi telah suspek dan 2 rakannya bersalah dan digantung sampai mati. Seorang rakan suspek dilepaskan dan dibebaskan. Peguam bela suspek kemudian membuat rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya. Suspek dikatakan tidak terlibat membunuh ayah mangsa. Suspek tiada di tempat kejadian ketika ayah mangsa dibunuh. Adakah hujahan ini diterima mahkamah?
Panel hakim Mahkamah Rayuan menolak hujahan peguam bela suspek. Peguam bela suspek juga berhujah punca mangsa dan ayahnya meninggal tidak dibuktikan dengan jelas melalui bukti perubatan yang perkara itu mampu menyebabkan mereka mati. Mereka meninggal mungkin kerana lebihan dos paracetamol. Tetapi, hujahan peguam bela ditolak.
Bukti daripada pakar menjelaskan bahawa kedua-dua mangsa mati kerana kekurangan oksigen, jadi punca kematian mangsa dan ayahnya memang telah dibuktikan dengan jelas. Panel hakim Mahkamah Rayuan, YAA Aziah Ali, Rohana Yusuf dan Ahmadi Haji Hasnawi pada Mac 2017 telah menolak rayuan peguam bela suspek. Kesemua suspek kekal bersalah dan dihukum gantung sampai mati.
Keputusan Mahkamah Rayuan dirayu peguam bela suspek ke Mahkamah Persekutuan. Pada Mac 2018, panel 5 hakim diketuai Ketua Hakim Negara, YAA Tun Md Raus Sharif telah mengekalkan sabitan dan hukuman yang dikenakan. Semua suspek bersalah dan dihukum gantung sampai mati.
Penghakiman penuh kes boleh dirujuk dalam Mohamad Zul Shahril v Public Prosecutor [2017] MLJU 274, Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Sumber : @kamarul14 (twitter)

0 comments:
Post a Comment